“Aku nak track kesihatan jugak tapi kena beli smart watch dulu, so nanti lah” 

Tahu tak sebenarnya tak payah pun keluarkan duit beli smartwatch untuk pantau kesihatan atau kecergasan anda. Hanya gunakan aplikasi ‘Health’ atau ‘Fitness’ yang tersedia dalam telefon pintar anda. 

Ramai yang tak sedar sebenarnya telefon pintar anda sudah dilengkapi dengan aplikasi “native/stock app yang mempunyai ciri pemantauan kesihatan (health). “Native/stock app” bermaksud aplikasi yang dah tersedia di dalam telefon pintar anda tanpa anda perlu muat turun. 

Ilustrasi menunjukkan beberapa orang sedang membuat senaman

PERIKSA APLIKASI DALAM TELEFON ANDA SEKARANG

Aplikasi “Health/Fitness” membantu anda memantau maklumat kesihatan anda dengan teratur dan dapat diakses dengan mudah pada satu tempat, tanpa menggunakan smart watch. Memang betul,  fitness wearables seperti smartwatch dan lain-lain mempunyai ciri-ciri yang mantap, tetapi jika anda hanya mahu menggunakan perkara asas , telefon anda pun mampu untuk memantau kesihatan anda tanpa perlu ada peranti lain. 

4 CIRI ASAS APLIKASI “HEALTH” YANG SERING TAK DIGUNA PAKAI SEBAIK MUNGKIN

Ini antara 4 ciri asas aplikasi yang ada dalam aplikasi Health/Fitness dalam telefon anda : 


1. Kira Langkah – Kira berapa langkah untuk perjalanan anda pada satu-satu hari.

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang mengira langkah di telefon

2. Senaman asas – kebanyakan telefon pintar dan aplikasi Health/Fitness direka untuk mengesan pergerakan dan memantau senaman asas seperti larian. 

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang bersenam dalam talian

3. Maklumat kesihatan – Anda juga boleh meletakkan maklumat kesihatan seperti berat, tinggi, BMI, body fat percentage dan banyak lagi. 

Ilustrasi menunjukkan data peribadi kesihatan dalam telefon

4. Laporan kesihatan – Anda boleh akses laporan kesihatan dengan aplikasi “Health/Fitness” yang tersedia dalam telefon anda. Jadi boleh pantau kecergasan diri sendiri setiap hari. Sesetengah aplikasi ini juga menyediakan tetapan untuk anda menukar apa-apa jenis ‘goal’ seperti langkah harian.

Ilustrasi menunjukkan laporan kesihatan harian di telefon

Ciri unik yang ekslusif 

Bergantung kepada jenama telefon pintar anda, aplikasi seperti ini juga menyediakan ciri-ciri unik dan ekslusif kepada penggunanya. Ciri ini juga dapat diakses tanpa memerlukan jam tangan pintar. 

Aplikasi “Health” mengikut jenama telefon anda

Periksa aplikasi dibawah mengikut jenama telefon pintar yang anda gunakan sekarang. 

Enable’ ciri-ciri kesihatan yang lain di telefon pintar anda menggunakan aplikasi “Health/Fitness” yang tersedia. Maksimumkan penggunaan telefon bukan sekadar alat komunikasi sahaja. Aplikasi ini juga boleh dijadikan sebagai aplikasi percubaan jika anda sedang buat keputusan untuk mendapatkan jam tangan pintar, jadi gunakan aplikasi ini dulu. Jika bermanfaat dan berkemampuan, boleh lah dapatkan jam tangan pintar jenama masing-masing untuk akses kepada ciri-ciri eksklusif pula. 

CERDAS MINDA, CERGAS DIRI, CUBA DULU APLIKASI KESIHATAN DI TELEFON SENDIRI!

Tak susah untuk jaga kesihatan dengan aplikasi yang tersedia ini. Dengan akses kepada maklumat kesihatan di hujung jari, anda boleh memantau sendiri kesihatan tubuh badan anda. 

Tak perlu berbelanja membeli wearables untuk menjaga kesihatan. Boleh mula dengan manfaatkan aplikasi yang tersedia.  Kalau sesuai dan mahukan pemantauan kesihatan yang menyeluruh, baru boleh tengok-tengok wearables jenama masing-masing. Buat masa sekarang, gunakan aplikasi ini dengan semaksimum mungkin. 

Ini sebab kenapa kita kena perkasakan literasi digital kerana masih ramai yang tak tahu untuk menggunakan aplikasi tersedia seperti ‘Health’ dengan sebaik mungkin. Yang ini dah tak perlu beli, boleh mula terus hari ini!