“Korang ni lepak je main game, lepak je main game, baik tak payah lepak kalau macam ni!”

Berapa ramai antara anda yang selalu berada dalam situasi ini? Setiap kali lepak di mamak bersama kawan-kawan, mesti mereka semua akan keluarkan telefon dan bermain game sesama mereka.  Nak-nak sekarang ini hampir kebanyakan permainan di komputer boleh dimainkan di telefon bimbit anda. Gaming di telefon pintar pula sudah menjadi trend. Permainan seperti Counter Strike, Call of Duty dah boleh diakses di telefon anda. Para pengeluar permainan ini juga memang semakin fokus untuk menjadikan permainan mereka mobile-friendly. 

Ilustrasi menunjukkan beberapa orang sedang bermain permainan di telefon

Industri mobile gaming ini semakin berkembang dengan kemunculan telefon-telefon yang dikhaskan untuk bermain game. Tak perlu pakai komputer, tak perlu pakai konsol, hanya keluarkan telefon daripada poket atau beg anda dan terus bermain dengan kawan-kawan. 

Tapi kadang-kadang terfikir juga, apa spesifikasi telefon gaming? Iya lah, mungkin anda sedang terfikir dan berhasrat untuk membeli telefon gaming. Jom tengok spesifikasi telefon gaming yang perlu anda tahu! 

5 SPESIFIKASI PENTING UNTUK TAHU SEBELUM MEMBELI TELEFON GAMING

1. Chipset – Ciri paling utama. Chipset lah yang menggerakkan permainan ini di telefon anda. Chipset juga dipanggil sebagai CPU – Central Processing Unit. Setakat artikel ini ditulis, chipset terkini merupakan Snapdragon 8 Gen 2. 

Gambar menunjukkan prestasi chipset Snapdragon 8 Gen 2

2. Skrin – Skrin juga memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman permainan yang menyeronokkan. Skrin yang dilengkapi dengan Kadar Segar Semula  (Refresh Rate) yang tinggi seperti 120-144hz dan teknologi skrin AMOLED dengan resolusi tinggi akan memberikan kepuasan yang maksimum dan memastikan perjalanan game yang lancar. 

Gambar menunjukkan sebuah telefon gaming yang menggunakan skrin AMOLED

3. Bateri – Dah nama pun telefon gaming kan? Jadi bateri berkapasiti besar menjadi spesifikasi yang penting untuk sebuah telefon gaming. Kapasiti sehingga 6000 mAh akan mengurangkan kekerapan anda untuk mengecaj bateri. Selain itu, teknologi pengecasan pantas juga perlu diambil kira. Jadi bila check spec bateri, pastikan kapasiti yang besar dan menggunakan teknologi pengecasan pantas. 

Gambar menunjukkan teknologi fast charging di telefon jenama Oppo

4. Storan – Storan terbahagi kepada dua iaitu RAM dan ROM. Seperti storan komputer riba dan peribadi, storan di telefon gaming juga sangat penting. Kini, storan di telefon gaming dah mencecah sehingga 16GB RAM dan 1TB storan. Minimum storan RAM adalah 8GB untuk telefon gaming bagi memastikan kelancaran permainan. 

Gambar menunjukkan contoh spesifikasi storan RAM dan ROM untuk sebuah telefon gaming

5. Ciri eksklusif dan aksesori – Ciri-ciri ekslusif ini bergantung kepada jenama telefon masing-masing ataupun aksesori. Contohnya teknologi cooling fan, dashboard atau mode gaming, butang trigger fizikal dan banyak lagi. 

Gambar menunjukkan ciri eksklusif butang trigger mekanikal di sebuah telefon gaming

TELEFON UNTUK SETIAP KATEGORI

Saranan model relevan setakat artikel ini ditulis.


1. Terbaik (RM3000 dan keatas)

2. Pertengahan / Midrange (RM2000 – RM3000) 

 Boleh cari telefon daripada edisi sebelum daripada edisi terkini seperti di atas.

3. Bajet (RM2000 ke bawah) 

CARI TELEFON GAMING YANG BERSESUAIAN

Pelbagai pilihan dan tawaran telefon di luar sana, kadang-kadang boleh rambang mata juga. Jadi pilih telefon berdasarkan rutin anda. Contohnya kalau anda seorang yang professional gamer, siap buat livestreaming lagi boleh lah dapatkan telefon yang paling premium dan terbaik. 

Jika untuk suka-suka dan isi masa lapang, boleh cari yang mid range dan bajet. Kebanyakan permainan mobile boleh je dimainkan di telefon pintar biasa, cuma ada pros dan cons. Kalau game tersebut terlalu berat, anda tak kan dapat FPS (Frame per Second) yang tinggi jika bermain di telefon yang chipsetnya sederhana. 

MOBILE GAMING – ANTARA KATEGORI E-SPORT YANG PALING BERPRESTIJ

Ilustrasi menunjukkan seorang pemain mobile game yang seronok bermain

Industri permainan mobile semakin mendapat tempat di kalangan penggemar permainan komputer. Ada yang dulu selesa bermain di komputer peribadi (personal computer, PC) dah beralih ke mobile. Bagi yang serius pula akan berlatih secara intensif untuk masuk dalam tournament e-sports. eSukan ini juga semakin diiktiraf serata dunia dengan kemunculan kejohanan-kejohanan bertaraf lokal dan antarabangsa. Contohnya ada yang mengatakan Liga Mobile Legends: Bang Bang Professional di Asia Tenggara sebagai pertandingan e-sports yang terbesar dan paling berprestij!

Wah awesome! Jadi, kalau nak tambah baik skil boleh la ke mana-mana channel Youtube untuk belajar daripada Youtuber/Livestreamer seperti Penjahat dan Xorn. 

Semua ini terjadi dengan ketersediaan jalur lebar yang semakin meluas di Malaysia. Dah boleh main mobile games di mana-mana saja anda berada. 

Jadi apa tunggu lagi, manfaatkan ketersambungan jalur lebar dan nikmati keseronokan bermain mobile games! Tapi ingat, jadilah pengguna bijak, jangan lah main game 24 jam.