Pelik betul, dah besar panjang pun dok pakai baju-baju macam kartun lagi” 

Mesti anda pernah terserempak dengan situasi ini atau ternampak foto-foto lelaki dan perempuan memakai baju-baju karakter animasi dan kartun. Itulah yang dipanggil cosplay

Subbudaya yang berasal daripada Jepun ini semakin berkembang dalam komuniti di Malaysia. Ada apa dengan sub budaya cosplay ini sehingga semakin ramai yang menceburkan diri dalam aktiviti ini? 

DARI FIKSYEN KE DUNIA SEBENAR

Apa itu Cosplay? 

Gambar menunjukkan seorang cosplayer watak Mad Hatter dalam cerita Alice in Wonderland

Dalam bahasa mudah, aktiviti memakai kostum atau pakaian yang menyerupai watak daripada mana-mana medium seperti anime, game, komik, filem dan macam-macam lagilah. Perkataan “cosplay” itu sendiri datang daripada dua perkataan iaitu “Costume” dan “Play”. Orang yang melakukan cosplay pula dipanggil sebagai “cosplayer”. Mereka ini mudah dijumpai dalam acara ACG (Anime, Comic, Games) ataupun acara kolaborasi. Contohnya seperti acara HoYoFest ataupun ComicFest baru-baru ini. 

Apa Yang Boleh Dijadikan Cosplay

Pelbagai karektor yang dijadikan cosplay seperti anime, kartun dan filem

Apabila bercerita tentang cosplay, sudah pasti ramai yang terbayangkan watak anime yang muncul di dunia nyata.  Aktiviti ini tidaklah serancak seperti sekarang kerana dulu tak ramai yang minat tonton anime.  Tetapi dengan akses mudah kepada pelbagai anime, filem, animasi dan komik digital yang tersedia di platform-platform online, semakin ramai yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi. Jadi para cosplayer akan menjadi watak-watak dalam anime, filem, animasi, komik dan juga permainan video yang mereka suka untuk dijadikan cosplay

Komuniti Cosplay di Malaysia 

Komuniti ini boleh dikatakan sangat besar sama ada secara online atau fizikal. Di media sosial, terdapat banyak page atau akaun yang memang fokus untuk cosplay. Di Facebook contohnya, Facebook Group digunakan untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat. Jika di dunia sebenar, penganjuran festival dan acara-acara seperti ComicFiesta, AnimeFest dan banyak lagi di banjiri dengan cosplayers yang memperagamkan kostum masing-masing. Comic Fiesta 2019 yang berlangsung di KLCC mencatat kehadiran seramai 60,000 pengunjung (berdasarkan ciapan daripada Twitter Comic Fiesta). 

Gambar menunjukkan poster Comic Fiesta dan pengunjung yang datang

Cosplayers eratkan perpaduan 

Perkara yang unik adalah subbudaya cosplay ini diraikan dan diminati oleh segenap lapisan kaum dan bangsa. Jika di acara-acara atau festival juga, keharmonian dan pergaulan sesama bangsa dan kaum dapat dilihat. Ini terbukti semasa berlangsungnya acara Comic Fiesta 2022 baru-baru ini yang dipenuhi dengan cosplayer dan peminat cosplayer serata Lembah Klang. 

Gambar menunjukkan pengunjung merentas kaum yang mengunjungi acara Comic Fiesta. 

3 Cosplayer tempatan yang terkenal 

Di Malaysia sendiri kita ada beberapa cosplayer yang dikenali segenap bangsa. Mereka ini bukan sahaja mendedikasikan hidup mereka kepada subbudaya cosplay ini tetapi juga membuktikan bahawa subbudaya ini bukan hanya sebagai hobi. Cosplayers lokal ini berjaya membina nama di media sosial masing-masing dan dikagumi oleh semua peminat cosplay. Mereka juga menjadi rujukan kepada cosplayers lain. Antara yang paling dikenali : 

1. Hakken Ryou 

3.9 juta pengikut di Instagram. Boleh dikatakan semua peminat cosplay mengenali susuk tubuh daripada Sarawak ini. Namanya bukan sekadar dikenali di Malaysia malah serantau dunia.

Gambar menunjukkan cosplayer Hakken 

2. Ai Nurul

33,000 pengikut di Instagram. Boleh dikatakan sebagai salah seorang perintis cosplayer yang berhijab di Malaysia dengan gaya hijab yang menarik. Dia juga sering dijemput ke acara untuk memberi tutorial cara menggayakan hijab ketika cosplay

Gambar menunjukkan antara cosplay yang digayakan Ai Nurul

3. RikkaBlurhound

21,000 pengikut di Instagram. Cosplayer ini sudah berkolaborasi dengan pelbagai jenama antaranya Riot Game League of Legends, MTV Asia, Digi, dan Sketchers.  Dia juga sudah beberapa kali dijemput ke acara dan festival cosplay sebagai tetamu, hos dan panel. 

Gambar menunjukkan watak yang dijadikan cosplay oleh Rikka

SUBBUDAYA UNIK

Siapa sangka subbudaya yang semakin berkembang sebegini dapat merapatkan jurang perpaduan di negara ini. Dalam tak sedar, sesuatu benda yang disukai dan dirai ramai menjadi ejen mengharmonikan masyarakat. 

Direalisasikan dengan ketersambungan jalur lebar yang tersedia, para cosplayer dan peminat sub budaya ini dapat berinteraksi sesama mereka secara dalam talian. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat berkongsi gambar-gambar cosplay terbaru mereka. Medium dalam talian ini sudah menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan maklumat serta berkongsi aktiviti cosplaying mereka.  

Nak cuba cosplay? Anda boleh mengikuti perkembangan ketiga-tiga cosplayer lokal ini di media sosial mereka maring-masing untuk ambil inspirasi daripada mereka!