“Cikgu Mida ada kasi homework sains dekat adik tapi dalam bentuk game Maa. Adik makin suka la subjek tu!”

Seronok kan kalau anak-anak anda pulang dari sekolah dan berkongsi segala cerita dengan anda. Tapi yang lagi seronok bila tahu yang mereka enjoy kelas mereka dan juga homework yang guru-guru berikan! Iyalah, kalau dulu mengeluh, sekarang seronok!  Ini kerana semakin banyak idea kreatif untuk sesi pembelajaran yang lebih interaktif oleh guru-guru sejak pandemik yang lalu. 

GIF menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dan berkata “I’m the teacher”

Jadi, jika anda seorang guru dan ingin tahu aplikasi apa yang boleh anda gunakan sewaktu pdp (Pengajaran Dan Pembelajaran) untuk menarik minat murid-murid lebih fokus dan enjoy, kami lampirkan tools PERCUMA untuk anda gunakan. Tapi bukan guru je boleh guna, ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak mereka di rumah juga boleh gunakan.

7 TOP APPS CIKGU BOLEH GUNA!

Ini antara apps yang popular yang sering digunakan oleh guru di seluruh dunia. Ada tak yang pernah anda gunakan?

#1 Google Classroom

Cikgu memang kena take advantage aplikasi ini. Cikgu boleh assign homework, upload soalan dalam Drive untuk anak murid muat turun dan begitu juga anak murid boleh muat naik assignment/homework mereka dalam Drive juga. Mudah dan juga paperless! Tak perlu ibu bapa kelam kabut nak print itu ini. Nak berkomunikasi pun mudah sekiranya kelas fizikal tak dapat dijalankan dengan ciri video call. Aplikasi ini boleh diakses melalui apps dan desktop serta hanya memerlukan emel untuk mendaftar. Boleh digunakan di kedua-dua peranti  Android & iOS.

Kalau digunakan dari tadika atau sekolah rendah, ia merupakan pendedahan pertama dalam pembelajaran digital kepada murid-murid. Senang mereka nak biasakan diri bila dalam transisi ke pendidikan yang lebih tinggi sebab semuanya dalam talian sekarang. 

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Google Classroom. Kredit imej daripada aplikasi tersebut.

#2 Prezi

Slides dan cikgu/pensyarah tak dapat dipisahkan. Biasanya mesti pakai Microsoft PowerPoint yang sarat dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Tapi jika cikgu nak alternatif yang lebih mudah digunakan dari segi animasi dan motion yang menarik? Prezi adalah jawapannya! Nak pilih motion sendiri boleh dan nak pakai template pun boleh. Kan senang tu? Setakat ini Prezi hanya boleh diedit melalui browser seperti Chrome, Firefox, Safari dan sebagainya. 

Gif menunjukkan contoh pembentangan yang boleh dibuat dengan Prezi. Kredit gif daripada Prezi.

#3 Canva For Education

Ini aplikasi yang best untuk cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah sebab anda boleh akses secara percuma tau! Cuma guna email yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk dapatkan verifikasi daripada Canva dan boleh mula! Antara ciri yang boleh digunakan adalah:

Template – Beribu-ribu template pendidikan yang boleh anda gunakan untuk persiapan mengajar dan juga tugasan kerja rumah. 

Hiasan bilik darjah – Tak payah pening nak tampal poster apa kat kelas. Tinggal pilih & edit je.

Alat Pembentangan – Nak present & nak rekod diri sendiri mengajar pun boleh. 

Groupwork – Ini paling seronok, dalam satu slaid pembentangan anda boleh beri soalan atau tugasan dan semua anak murid boleh edit dalam satu-satu masa. Ciri Whiteboard dalam Canva juga membolehkan kolaborasi ini.

Banyak lagi anda boleh terokai dan edit mengikut kreativiti masing-masing! Anda boleh akses aplikasi ini melalui desktop dan muat turun di Google Play atau App Store.

Gif menunjukkan cara membuat soalan interaktif di Canva. Kredit gif daripada Canva for Education.

#4 Classdojo

Selain daripada interface yang sangat comel, ciri-ciri yang ada di Classdojo memang menarik. Kalau anda jenis guru yang suka berikan points kepada anak-anak murid anda, inilah antara platformnya. Setiap murid akan ada avatar tersendiri dan guru boleh berikan markah terus kepada mereka sekiranya mereka siap homework dan berdisiplin.

Sebenarnya bukan itu sahaja, boleh set takwim pembelajaran, update perkembangan pembelajaran kepada komuniti para ibu dan bapa dan tonton video & gambar yang dah dimuat naik oleh guru untuk tujuan ulangkaji. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play & App Store

Tangkap layar menunjukkan aplikasi ClassDojo. Kredit imej daripada aplikasi tersebut.

#5 Photomath

Siapa kata kalau subjek matematik tak boleh belajar menerusi platform online? Dengan 3 topik yang besar iaitu Algebra, Kalkulus dan Aritmetik, ada tersedia cara pembelajaran dan kuiz di platform ini. Penggunaan yang mudah di mana cikgu-cikgu dapat mengajar murid-murid dengan pelbagai cara penyelesaian masalah matematik yang senang diikuti mereka. 

Terdapat juga template kuiz dan video pembelajaran menarik, malah anak-anak murid juga akan seronok menonton di samping belajar! Bukan saja untuk cikgu, malah untuk ibu bapa yang pening tak tahu nak tolong anak buat homework math macam mana. Anda boleh muat turun di Google Play & App Store

Tangkap layar menunjukkan aplikasi Photomath. Kredit imej daripada aplikasi tersebut.

#6 Quizziz dan Kahoot 

Peperiksaan atas kertas dan ujian dalam talian boleh buat anak-anak murid rasa stress. Tapi itu adalah satu lumrah buat pelajar. Jangan risau, ada alternatif untuk mereka lebih enjoy dengan untuk tetap ulang kaji dengan buat kuiz interaktif. Macam mana tu? Dengan gunakan Quizziz & Kahoot. Satu cara berbeza dan menarik di mana meeka boleh meneka jawapan bersama-sama dengan sistem interaktif yang menarik dan lain daripada yang lain.

Bukan sahaja mereka akan suka, malah pembelajaran itu akan buat mereka lebih ingat sebab akan ada motion, grafik dan design yang memudahkan mereka. Selain itu, anak-anak murid anda akan ada semangat berdaya saing yang tinggi dan sihat. Anda boleh cuba melalui desktop atau dengan memuat turun aplikasi-aplikasi ini:

Quizziz: Google Play | App Store

Kahoot: Google Play | App Store

Tangkap layar merupakan aplikasi Quizziz & Kahoot. Kredit imej daripada aplikasi-aplikasi tersebut.

#6 PhET 

Bagi para pendidik dalam bidang sains dan teknologi pula, PhET sangat sesuai untuk anda gunakan. Fizik, kimia, matematik, biologi dan sains bumi adalah merupakan 5 subjek utama yang ditekankan dalam PhET. Paling best, ada ciri simulasi yang interaktif! Contohnya anda sedang mengajar topik tindak balas berantai dalam subjek kimia, anda boleh menunjukkan video mengenai topik berkenaan di platform ini dan kemudian anak-anak murid boleh bermain simulasi tindakbalas berantai yang turut ada di platform ini. 

Lagi senang mereka faham. Setakat ini, platform ini hanya ada dalam versi web. 

Gif menunjukkan simulasi tindak balas berantai dalam platform Phet. Kredit gif daripada Tenor.

#7 Live Worksheet

Nak beri kerja rumah tapi rasa susah dan payah untuk buat worksheet di Microsoft Word ataupun Google Doc kerana tiada template khusus? Inilah fungsi platform ini. Anak murid boleh print ataupun buat je secara online. Anda sebagai guru boleh semak dan berikan markah kepada mereka secara online juga. 

Kalau ada deadline, anda boleh tetapkan. Live Worksheet hanya tersedia dalam versi web.

Tangkap layar menunjukkan antara worksheet yang boleh digunakan di laman web mereka. Kredit imej daripada platform tersebut.

Finally, cikgu ada banyak pilihan peralatan pengajaran yang interaktif!

Bestnya ada kekuatan Internet yang stabil, lagi-lagi dengan 5G. Di mana-mana sahaja kita semua boleh mengajar dan belajar.  Malah, platform-platform di atas sangat mudah untuk diakses. Hanya menggunakan email, no telefon ataupun id kepunyaan masing-masing.

Moga maju jaya Cikgu!