“Ahh penatnya, nak break 10 minit la. Main mobile game kang bukan 10 minit jadinya nanti. Tapi bosan la pulak, nak buat apa ni?”

Tak kira anda seorang pelajar, para profesional atau sesiapa sajalah. Pasti anda perlukan waktu berehat sebelum sambung ke tugasan lain. Boleh jadi semasa di pejabat, buat assignment, selepas penat mengemas rumah dan sebagainya.

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang berehat sambil bermain dengan phone.

Tapi kadang kala bila bosan, buntu juga nak buat apa dalam masa singkat. Jadi apa kata luangkan masa singkat yang ada tu secara digital. Yelah secara tak langsung boleh kurangkan stres!

PILIH AKTIVITI IKUT MINAT

#1 – Untuk Yang Suka Menonton & Membaca

Tengok Live Streaming Kucing 

GIF menunjukkan telatah kucing dan manusia. Kredit gif daripada 4GIFs.

Baca Web Komik Kelakar

Khusus Untuk Peminat The Office!

Gambar menunjukkan suntingan The Office dalam bentuk meme. Kredit imej daripada pin.

#2 – Untuk Yang Suka Interaksi Dengan Website, Eksplorasi Dan Main Game Yang Simple

Jom Jelajah Satu Dunia 

Bagi Yang Suka Doodle Tapi Hambar Skilnya

GIF menunjukkan hasil lukisan awal dan akhir menggunakan Autodraw. Kredit gif daripada AutoDraw.

Bayangkan Ada Yang Judge Password Anda

Tangkap layar menunjukkan antara komen yang dibuat terhadap password yang ditaip. Kredit imej daripada PaP.

Untuk Si Kaki Matematik

GIF menunjukkan lelaki sedang melakukan kira-kira. 

Rave Tapi Versi Web

GIF menunjukkan Rave Worm menari-nari mengikut anak panah. Kredit imej daripada staggering beauty.

Main Game Simple Sampai Lebam

Kombinasi Elemen-Elemen  Interaktif 

GIF menunjukkan gabungan elemen di Little Alchemy2. Kredit gif daripada littlealchemy2.

#3 – Tak Nak Interaktif, Nak Dengar Audio Je

Dengar Radio Dulu-Dulu Dan Juga Radio Di Mana Saja Seluruh Dunia

GIF menunjukan lelaki sedang mendengar radio. Kredit gif daripada giphy.

Nak Discover Lagu Yang Dilupakan Ramai Orang?

#4 – Semua Tak Berkenan, Ada Lagi Tak?

Okay ini 2 website yang boleh jana website secara rawak untuk anda. Jadi anda tak boleh jangka apa yang akan anda akan temui. Barulah suspense sikit! Cuba tengok kedua-dua website di bawah:

MAIN-MAIN JUGA TAPI JANGAN ADDICTED PULA

Banyak lagi sebenarnya laman web yang interaktif dan menghiburkan ini. Ini hanyalah beberapa contoh, jadi anda bolehlah cuba di masa lapang atau bila inginkan hiburan berdurasi singkat. Tapi, penggunaan haruslah berpada-pada. Kalau rasa ketagih nanti, boleh cuba detoks dengan tips daripada artikel digital detoks di SINI

Zaman dah berubah, cara kita berhibur juga turut berubah seiring dengan ketersambungan jalur yang semakin baik yang disediakan Kerajaan. Bukan sekadar berhibur, perkara yang lain pun boleh anda perkasakan literasi digital seperti teknologi yang memudahkan kehidupan harian.

Anda juga boleh baca tajuk-tajuk berkenaan teknologi tersebut di portal ini. Jadi selamat membaca dan semoga terhibur!