“Alamak, bulan lepas dah belanja berapa ringgit eh? Duit nak save bulan ni macam ngam-ngam tak ada lebih. Masalahnya pakai cash ni susah nak track semula. Adui susah juga ni.”

ATAU

“Alamak kenapa balance sheet ni tak tally eh, ada bocor sana sini ke. Aduh pening ni”

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang membayar komitmen bulanan

Haa ini mesti kes tak uruskan kewangan dengan cekap. Susah nak buat check and balance lagi-lagi kalau nak mohon pinjaman. Yelah bank pun tak berani nak luluskan pinjaman dengan rekod kewangan yang kurang cantik.

Jadi macam mana nak atasi perkara ini dan dapat rentak pengurusan kewangan yang lebih baik? Ini ciri-ciri penyelesaian yang mungkin membantu untuk anda sebagai individu dan perniagaan.

Jom urus secara digital!

KEWANGAN PERIBADI VS PERNIAGAAN

Biasanya isu kewangan peribadi ni melibatkan kes boros belanja, bayar loan tak ikut masa dan juga tak konsisten menyimpan, lepastu rekod CTOS jadi tak cantik. Dan biasanya isu kewangan ini menjadi salah satu sebab pendapatan rendah juga. 

Anda sebenarnya kena track setiap perbelanjaan untuk tahu banyak mana anda dah berbelanja. Nanti tahu-tahu je duit yang sepatutnya anda bayar komitmen dah dibelanjakan untuk shopping. Tak ke menangis di hujung bucu katil bila duit tak cukup. Jadi priority untuk buat bayar komitmen itu perlu didahulukan. 

Lagipun, ada banyak aplikasi yang boleh anda gunakan untuk jejak perbelanjaan, simpan duit, urus pinjaman dan juga tingkat pendapatan! Untuk pekerja gig pula, anda boleh carum sendiri bayaran KWSP dan PERKESO, jadi terjamin sikit hari tua nanti.

Budgeting dan perbelanjaan: MAE, Mint, Flexi2pay, GoodBudget

Urus kredit dan hutang: MyPTPTN, Debt Payoff, Debt Manager, Splitwise

Tingkatkan pendapatan: Fiverr, Swifty, Upwork.

Kewangan Perniagaan

Kalau bab perniagaan pula, isu kewangan ini kebiasaannya bila tiada rekod duit keluar masuk. Dan ada pula perniagaan yang tiada sistem invois dan perakaunan, sistem urus payroll, atau tak tahu nak semak prestasi perniagaan. Susah syarikat nak membangun kata cash flow pun tak boleh urus dengan baik.

Apa saja yang memudahkan rekod transaksi perniagaan seperti pantau untung rugi perniagaan, urus claim pekerja dan kira cukai perniagaan.

Prestasi perniagaan: MyBijakNiaga, Niagawan Plus

Perakaunan dan sumber manusia: Wave Bookeeping, GreatDay HR

Untuk panduan lebih menyeluruh para usahawan boleh baca artikel – Benda Senang, Guna Jelah – Usahawan

MANFAAT PENGURUSAN KEWANGAN YANG LEBIH TERJAGA

Individu

Apabila dapat mengurus kewangan dengan lebih efisien, boleh lah anda peruntukkan wang di dalam tabung kecemasan, pelancongan, umrah dan banyak lagi. Kalau nak bayar cukai individu, tak perlu risau dengan rekod transaksi yang entah ke mana. Tak lah kelam kabut bila LHDN cari nanti, semua rekod tersusun lengkap.

Bila pengurusan kewangan dah kukuh, boleh teruskan untuk buat pelaburan. Atau dengan simpanan yang konsisten juga boleh buat perancangan pembelian aset seperti rumah, tanah, malah beg idaman dan sebagainya. 

Ilustrasi menunjukkan lelaki mengisi borang percukaian.

Perniagaan

Bank suka dengan syarikat yang ada kredibiliti tinggi dengan rekod kewangan yang baik dan terurus. Anda sebagai entiti perniagaan pasti lebih mudah dapat pinjaman daripada bank terlibat.

Daripada segi dalaman syarikat, anda juga akan lebih jelas dengan posisi kewangan syarikat sendiri. Boleh lah anda buat keputusan benarkan syarikat untuk mengambil risiko yang lebih sihat untuk mengembangkan perniagaan. Untuk banyak lagi tips bermanfaat untuk usahawan, anda boleh klik di SINI.

Ilustrasi menunjukkan dua individu memegang sejumlah wang di depan institusi kewangan.

CUBA DENGAN KONSISTEN 

Itulah antara contoh aplikasi yang boleh anda cuba. Kesihatan kewangan memang sangat penting untuk kehidupan lebih lagi zaman moden sekarang. Gaya hidup, komitmen, kemahuan, keperluan. Semua melibatkan duit dan pengurusan kewangan.

Jadi, anda boleh guna contoh yang diberi. Yelah nak mengurus kewangan boleh dilakukan di mana-mana saja apabila menggunakan aplikasi. Tak kira lah anda ni individu atau mempunyai perniagaan.

Manfaatkan ketersambungan jalur lebar dengan memperkasakan lagi pengetahuan anda dalam pengurusan wang!