“Kau ni kan, kalau main game aku tengok bukan main lagi aktif, kanan kiri kanan dah macam multi task pulak” 

“Haa itu lah kau tak tahu, ada kelebihan main game First Person Shooter ni, mesti kau tak tahu kan?”

Permainan video game memang sudah sinonim dengan konotasi negatif seperti membuang masa, tak ada faedah, ketagihan dan banyak lagi.  Tapi tahukah anda sesetengah permainan video game memberi manfaat tanpa sedar kepada kita. Khasnya kepada perkembangan minda dan keupayaan pembelajaran?  Bermain game sebenarnya bukanlah satu kegiatan atau aktiviti yang buruk kerana selagi tak berlebihan, ia dapat memberikan manfaat positif. 

Gambar menunjukkan seorang perempuan sedang bermain game bergenre FPS

Ya betul, siap ada laporan dan kajian daripada Scientific American Mind yang menunjukkan bagaimana permainan video game terutamanya genre First Person Shooter (FPS) membantu keupayaaan kognitif pemainnya. Tak percaya? Teruskan membaca. 

APA ITU GAME FPS?

Gambar menunjukkan tangkap layar in-game permainan FPS. Kredit imej daripada GameRant.

Permainan bergenre First Person Shooter (FPS) ialah genre yang memerlukan pemain untuk membidik dan menembak pihak lawan. Umumnya game tersebut meliputi beberapa karakteristik unik seperti melawan raksasa, musuh, tentera dan banyak lagi. Asalkan kena aim dan tembak pihak lawan, maksudnya FPS lah tu. 

BAGAIMANA PERMAINAN VIDEO GAME FPS CERDASKAN MINDA ANDA 

Scientific American Mind melaporkan terdapat banyak penyelidikan yang  menunjukkan bahawa bermain permainan video FPS terutamanya ketika menembak, meningkatkan fungsi otak seperti kebolehan kognitif dan kemahiran pembelajaran — satu peningkatan yang mempunyai aplikasi kehidupan sebenar. Tak percaya? Berikut merupakan manfaat permainan video game genre ini: 

1. Meningkatkan Kemahiran Kognitif – Seseorang yang bermain permainan FPS memerlukan strategi dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah, sekaligus membantu meningkatkan skil kognitif mereka. Pemain profesional umumnya mempunyai kebolehan intelek yang lebih baik apabila ia berkaitan dengan perancangan strategik, kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan helah daripada pihak lawan. 

Gambar menunjukkan beberapa pemain sedang menunggu musuh sebagai satu strategi. Kredit imej daripada polygon.

2. Meningkat Ketahanan Visual dan Daya Ingatan – Permainan video boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk meningkatkan daya ingatan dan ketahanan visual. Melalui aktiviti berulang yang dijalankan secara berkala pastinya akan membawa kepada daya ingatan yang kuat, contohnya mempraktikkan sasaran tepat dalam permainan FPS yang membantu pemain mengurangkan risiko untuk lupa dan meningkatkan refleks otak. Macam latihan ‘drilling’ lah, lama-lama pasti akan berjaya. 

Gambar menunjukkan latihan bidik atau “aiming” dalam permainan game FPS. Kredit imej daripada kontrolfreek.

3. Meningkatkan Ketahanan Mental dan Keyakinan Diri – Beberapa kitaran latihan berulang akan berpotensi mewujudkan ruang untuk penambahbaikan. Dengan setiap kegagalan, seorang pemain akan bertahan dan mencuba lagi sehingga dia belajar dan memperoleh kemajuan, dalam konteks permainan semestinya akan beroleh kemenangan. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa kegigihan yang ditunjukkan oleh pemain boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Jadi apabila pemain menghadapi cabaran yang sukar di kehidupan sebenar, mereka tak mudah putus asa dan akan cuba sehingga berjaya. 

Gambar menunjukkan pemain sedang berselindung apabila menerima tembakan bertubi-tubi. Kredit imej daripada eurogramer.

4. Meningkatkan Kemahiran Sosial dan Bahasa – Kebanyakan permainan FPS direka sebagai permainan berbilang pemain atau multiplayer. Apabila pemain yang berbeza mempunyai minat yang sama untuk bersaing dalam permainan ini, komunikasi dan persahabatan akan terjalin. Uniknya, permainan berbilang pemain telah bertindak sebagai penghubung untuk menyatukan pemain dari latar belakang yang berbeza. Sudah tentu, ini membantu pemain untuk membina hubungan yang sihat, mempelajari bahasa dan budaya, dan interaksi aktif yang lebih daripada sekadar dalam permainan sahaja. Ada juga yang. Tak mustahil juga ada yang berjumpa di luar atau biasanya dipanggil IRL (In real life) dalam komuniti khusus untuk para gamer

5 PERMAINAN VIDEO GAME FPS UNTUK ANDA CUBA 

1. Apex Legends – Dengan setiap karakter mempunyai skill mereka tersendiri, Apex Legends Mobile membawa beberapa legends eksklusif khas untuk versi mudah alih.

Poster menunjukkan permainan game Apex Legends. Kredit imej daripada ea.

2. Modern Combat VersusFPS yang mempunyai grafik dan permainan menarik.

Poster menunjukkan permainan Modern Combat Versus. Kredit imej daripada steam.

3. PUBG Mobile : New State – mempunyai satu mod 4 lawan 4 dimana anda boleh berinteraksi dengan objek dan anda juga boleh menukarkan kepada mod third person view.

Poster menunjukkan permainan game PUBG : New State. Kredit imej daripada afkgaming.

4. Shadowgun Legends – membawa tema sci-fi untuk mengalahkan alien

Poster menunjukkan permainan game Shadowgun Legends. Kredit imej daripada gamesir.

5. Infinity Ops – FPS moden dan futuristik dengan genre hero shooter.

Poster menunjukkan permainan game Infinity Ops. Kredit imej daripada games.lol.

MAIN GAME UNTUK KEKAL CERDAS 

Jadi, itulah antara manfaat yang anda boleh perolehi daripada bermain permainan FPS. Sekaligus menghapuskan stigma orang yang main permainan video game seorang yang malas dan tak produktif.  Ternyata bermain permainan ini memerlukan kemahiran dan kecerdasan yang diselaraskan dalam situasi tertentu. Tapi ingat, jangan keterlaluan dan membawa kepada ketagihan. 

Manfaatkan ketersambungan jalur lebar dengan permainan video game genre FPS, sambil bermain sambil melatih otak bekerja untuk minda sentiasa cerdas. 

Happy gaming!