“Yasmin, aku risau lah tengok kau ni, selalu murung je. Kau tak nak pergi check ke? Aku ada baca tentang mental health ni dekat website Green Ribbon hari tu, tak leh ambil remeh tau”

“Apa benda Green Ribbon?” 

“Macam kempen kesihatan mental, penaung dia Tengku Puteri Iman tau sebab benda ni dekat kat hati dia” 

Dah terbiasa kan, kalau anda dengar tentang pelbagai kempen kesedaran yang dinaungi kerabat diraja disebarkan melalui Internet seperti media sosial mereka ataupun laman web. 

Meme menunjukkan gambar M Nasir

Tapi mungkin anda belum cakna siapakah antara gerangan kerabat diraja Malaysia yang aktif dengan kempen-kempen dan aktiviti melibatkan rakyat. Jadi jom telusuri siapakah gerangannya dan apa yang mereka usahakan. 

MENJUNJUNG TITAH DIRAJA

1. TUNKU AZIZAH FERTILITY FOUNDATION

Yayasan TAFF diketuai oleh Pengasas dan juga Presiden Seumur Hidup KDYTM Tengku Puan Pahang dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Mutawakhil binti Sultan Iskandar Al-Haj.

TAFF akan mempertimbangkan penajaan pasangan kurang berkemampuan yang terpilih tanpa mengira kaum, agama dan negeri untuk rawatan IVF di Pusat-Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia. 

2. GREEN RIBBON INITIATIVES

Gambar menunjukkan potret YAM Tengku Puteri Iman Afzan dan logo Green Ribbon Group

YAM Tengku Puteri Iman Afzan telah mengalami cabaran yang sama dengan kesihatan mental seperti rakyat lain. Dari zaman remaja sehinggalah sekarang sebagai ibu, isteri dan wanita bekerjaya. Oleh itu, kesihatan mental sentiasa menjadi topik yang dekat di hati YAM Tengku Puteri.

Melalui The Green Ribbon Group, YAM Tengku Puteri Iman Afzan menjadi pengasas bersama dan aktivis kesihatan mental. Anda mungkin biasa dengar tentang Mental Health Illness Awareness & Support Association (MIASA) dan YAM Tengku Puteri merupakan penaungnya dari 2018-2020. 

3. IDEAS MALAYSIA

Gambar menunjukkan potret Tunku Zain Al Abidin dan logo IDEAS

Kalau bercakap tentang pembuatan polisi negara, pastinya penglibatan pihak autoriti dan tertinggi sangat diperlukan. Seperti Tunku Zain Al Abidin, beliau bekerjasama dengan rakan-rakannya menubuhkan IDEAS Malaysia untuk menjadi penyumbang aktif dalam pembuatan polisi negara. Beiau juga merupakan Pengerusi kepada Lembaga Pengarah IDEAS. 

Selain itu, beliau juga menubuhkan pusat autisme di Rawang untuk keluarga berpendapatan rendah.

4. #SAYNO2PLASTIC CAMPAIGN, MAKEAWISH & YAYASAN FOOD BANK

Gambar menunjukkan potret Datin Paduka Zatasha. Kredit foto Tatler Asia

Wakil bagi kesedaran alam sekitar, Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah melalui kempen #SayNo2Plastic yang membawa kesedaran untuk menggunakan plastik yang boleh digunakan sekali saja (single-use plastic). Dalam satu kempen yang lain, beliau menggalakkan supermarket menjadi pembekal kepada program #zerofoodwastage. Sejak pelaksaaan kempen tersebut, 721 tan makanan telah diagihkan kepada 22,00 orang daripada golongan gelandangan ke keluarga miskin bandar dan ke rumah anak yatim. Beliau juga adalah penyokong sosial dan aktivis alam sekitar yang aktif, serta telah mengasaskan beberapa kempen berimpak tinggi antaranya #NoMoreLitter #BecauseWeCare (2020). 

Datin Paduka juga menjadi penaung kepada MakeAWish, mengetengahkan pelaksanaan hajat bagi kanak-kanak dengan penyakit kritikal.  Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah kepada Yayasan Food Bank Malaysia. 

5. SUKAN

Gambar menunjukkan YAM Tengku Mahkota Johor dan logo kelab bolasepak JDT

Bagi peminat bola sepak negara pasti mengikuti perkembangan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dimiliki Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ.  Penglibatan beliau bermula dengan merombak, menjenamakan semula dan menyelamatkan kelab bola sepak Johor.  Penstrukturan semula dan penyatuan utama menyaksikan kelahiran identiti baharu – JDT – dan nama penyatuan ‘Harimau Selatan’ telah diguna. Sehingga kini, JDT menjadi antara kelab yang disegani di Asia Tenggara. 

Pada awal tahun ini TMJ yang memang aktif di Twitter telah memberi respon kepada pengguna Twitter yang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) bersetuju untuk melaksanakan video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

6. ISTANA NEGARA 

Gambar menunjukkan Istana Negara

Secara alternatif, berita-berita terkini dan semasa berkaitan acara dan aktiviti YDPA dan berkaitan Istana Negara juga dapat diakses di instagram dan laman web Istana Negara sendiri. 

KETERSAMBUNGAN MENGHUBUNGKAN KERABAT DIRAJA DAN RAKYAT

Memperkasakan penggunaan jalur lebar membolehkan komunikasi di antara kerabat di raja dengan rakyat berlaku. Hubungan secara dalam talian ini memastikan semua aktiviti, kempen dan inisiatif yang dianjurkan oleh kerabat diraja dapat diakses secara meluas. 

Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, ketersambungan jalur lebar pasti memanfaatkan kedua-dua belah pihak.