Siapa yang suka tulis guna pen dan kertas? 

Ataupun anda dalam team yang suka guna tulis dekat tablet?

Meme menunjukkan penulisan seperti biasa

Kalau tulis guna cara tradisional (pen dan kertas), dia macam ada feel tau. Bukan tu je, banyak juga kelebihannya. Tapi cara yang moden, latest dan terkini, iaitu menulis atas tablet ni pun dah advanced! Boleh mimik cara penulisan guna pen atau pensil! Lagi kemas, lagi cantik dan lagi mudah. 

Apa-apapun, kedua-dua cara ini tak salah. Cuma kalau anda terfikir nak tukar mod tradisional ke moden, apa salahnya? Tinggal nak tahu peranti apa dan manfaatnya je.

KENAPA KENA UBAH CARA MENULIS? BUKAN SAMA JE KE?

Ya, sama sahaja. Cuma ada beberapa kelebihan lain kalau anda boleh maksimumkan penggunaan teknologi dalam penulisan ini. Agak-agaknya, apa kelebihannya ya? 

#1  Eco-Friendly

Ini mestilah nombor satu. Kita nak kurangkan penggunaan kertas dalam kehidupan seharian kita. Sebagai seorang pelajar, para professional, guru dan sebagainya, keperluan menulis atas kertas untuk buat ambil nota dan sebagainya memang penting dan kerap. Bila tulis banyak secara digital, tak perlu guna banyak kertas. Kan kurangkan pembaziran tu, tak membazir, tak mencemarkan dan juga tak memberatkan. 

Ilustrasi menunjukkan sekumpulan rakan yang mengatakan tablet merupakan pilihan yang lebih eco-friendly.

#2 Senang Nak Betulkan Bila Tersalah Tulis

Boleh guna ciri automasi! Jaranglah orang tak suka bila dengar automasi ini. Kan best, bila semua sudah dibuat secara mudah. Bayangkan bila dah tulis banyak-banyak, mesti akan ada potensi untuk melakukan kesalahan.  Sekiranya kesalahan itu di atas kertas dan pen, mesti perlukan pemadam juga correction tape. Tapi kalau secara digital, tak perlu pun, hanya tekan delete atau fungsi eraser di aplikasi note-taking yang digunakan.

Barulah lah kemas. Ada juga fungsi yang mengalih (convert) tulisan tangan ke font digital. Jadi pada siapa yang tulisan cakar ayam itu… Tak perlu risau tak boleh baca tulian sendiri nanti. Dengan ciri ini, kalau tersalah eja pun jangan risau. Ada program yang boleh kesan kesalahan tatabahasa atau ejaan seperti Grammarly dan Reverso. Bukan itu sahaja tau, kalau menulis secara digital boleh paraphrase dan terjemah. Fuhh convenient betul!

Ilustrasi menunjukkan sebuah tablet dan pen digital

#3 Kombinasi media

Kalau menulis secara biasa, mesti perlukan tenaga lebih. Kalau nak ada lukisan, kena lukis. Kalau nak masukkan link macam mana, takkan nak tulis html tu penuh-penuh kan? Contohnya, nak buat nota berkenaan anatomi badan manusia. Jadi, perlukan lukisan yang berkaitan. Kalau gigih memang boleh melukis atau salin link tu satu-satu. Tapi kalau nak masukkan jingle ke muzik ke rakaman audio kuliah sebagai rujukan? Takkan nak salin dalam CD atau Thumbdrive dan selit dekat nota kertas kan? Haa itu satu kelebihan yang cuma ada pada pengambilan nota digital. Anda boleh letak audio juga dalam nota digital!

Gambar menunjukkan contoh penggunaan nota digital di sebuah iPad oleh pelajar medik. Kredit imej daripada Quora.

#4 Boleh deco dan buat jurnal

Kalau nak cantikkan pun boleh. Macam-macam templat sebenarnya anda boleh guna. Nak font macam mana, nak warna apa, highlight apa. Tak perlu lagi  nak beli highlighter banyak-banyak ke, pensel warna ke. Semua dah ada, tunggu nak pilih sahaja.

Bila dah cantik, senang nak share dengan orang lain nanti. Sedap mata memandang orang kata. Bukan pelajar je yang akan suka ciri ni, pensyarah, cikgu pun akan suka. Psst.. Kalau anda power design templat jurnal, boleh jual dekat Etsy atau Shopee tau. Dah la produk digital perlu muat turun je, tak perlu pun uruskan shipping!

Gambar menunjukkan contoh jurnal digital di sebuah tablet. Kredit imej daripada HelloBrio.

MANFAAT DAH TAHU. TAPI PERANTI & AKSESORI APA BOLEH DIGUNAKAN?

Buat mereka yang suka untuk menulis secara tradisional, tapi nak berpindah ke arah digital, anda perlukan peranti-peranti atau aksesori-aksesori di bawah ni untuk sensasi menulis macam kertas tapi secara digital!

#1 Screen protector

Pernah dengar produk paperlike? Screen protector yang rasa dia bukan biasa-biasa. Kalau anda guna produk ini, rasa seperti menulis atas kertas. Mungkin anda tak kan rasa terkejut atau janggal semasa nak biasakan diri kalau macam tu. Boleh saksikan video tutorial di sini.

Gambar menunjukkan produk screen protector Paperlike, tablet dan pencil. Kredit imej daripada eandt.

#2 Pencil 

Kalau untuk pen atau pencil, anda kena semak ciri latency. Ha sudah, apa pulak kan latency ni? Pernah tak anda tulis atas tablet anda, anda dapati pen anda dah bergerak, tapi penulisan anda lambat muncul?  Jadi, ukuran latency yang sesuai adalah 50 milisaat ke bawah. Lebih kurang nilainya, lebih bagus. Takdelah rasa delay penulisan tu.

Jenama apa yang okay? Antaranya ialah Apple Pencil, Renaisser Stylus, Microsoft Surface Pen dan Meko Universal Stylus.

GIF menunjukkan latency pencil dalam ukuran yang berbeza. Kredit imej daripada MakeAGif. 

#3 Tablet lukisanSelain menulis, melukis pun dah boleh dilakukan secara digital. Sekarang ni, tak perlu juga lukis seterusnya scan ataupun fotostat sebab dah ada tablet lukisan yang boleh buat anda rasa lukis atas kertas. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel di SINI.  Contoh produk yang anda boleh beli ialah Wacom dan iPad Pro.

Gambar menunjukkan tablet Wacom. Kredit imej daripada Wacom.

TOP 10 APLIKASI NOTE-TAKING YANG RAMAI ORANG GUNA!

  1. Notion
  2. Evernote
  3. OneNote
  4. Roam
  5. Bear
  6. Apple Notes
  7. Google Keep
  8. Standard Notes
  9. Obsidian
  10. Ulysses

OKAY, JOM TUKAR MOOD! KITA PAKAT TULIS SECARA DIGITAL

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki yang sedang menggunakan pen digital di atas sebuah tablet

Lepas ni, tak perlu nak bawa kertas banyak-banyak. Kotak pensel pun tak perlu dah bila anda dah mula menulis secara digital ini. Anda hanya perlukan pen digital, tablet dan juga Internet. Tapi ada juga perisian yang tak memerlukan Internet. Misalnya Obsidian, Simplenote dan juga Evernote. 

Teknologi kini memang terbukti hebat dan banyak membantu anda dalam belajar dan bekerja! Lepas ni masih boleh sensasi menulis atas kertas, walaupun sebenarnya menulis di atas tablet. Peranti dan aksesori memang agak mahal, tapi anda boleh pertimbangkan dengan manfaat jangka panjang sekiranya pelaburan ini adalah terbaik untuk anda!