Apabila bercakap tentang lukisan, perkara pertama yang singgah di minda ialah kelas pendidikan seni pada tahun satu di sekolah rendah. Lukisan gunung-ganang, matahari pagi yang memancar di celahan gunung, rumah kayu bertangga simen serta pokok rendang di sebelah rumah dan burung burung berbentuk huruf W yang diterjemah ke atas kertas A4 putih pinjaman daripada kawan sekelas yang membeli buku A4 lukisan. 

Dicantikkan pula dengan pilihan-pilihan warna daripada krayon atau pensel warna Luna ataupun Staedler. Sementara rakan sekelas yang mengoyakkan buku lukisannya berkongsi dengan rakan sekelas lain bangga bersama pensel warna Luna 24 batangnya. Ada yang berjaya mengilap bakat lukisan dan mewarna sehingga menjadikannya karier usai meningkat dewasa, manakala sebahagian yang lain hanya tinggal memori. 

Gambar menunjukkan menunjukkan seorang individu sedang melukis menggunakan tablet.
Gambar menunjukkan seorang individu sedang melukis menggunakan tablet

SENI BERGERAK SEIRING TEKNOLOGI

Seni berkembang seiring teknologi dengan kehadiran tablet-tablet dipasaran.  Tiada lagi keperluan membawa kertas lukisan kanvas. Hanya dengan sebuah tablet dan sebatang pensel elektronik, anda bebas melakar apa-apa jenis lukisan yang diingini. 

KELEBIHAN MEMANFAATKAN SENI LUKISAN DENGAN TEKNOLOGI

5 SEBAB kenapa anda perlu ambil sebuah tablet dan pensel elektronik untuk mencuba melukis dengan menggunakan peranti:

#1 Jimat dan mesra penggunaan
Tak perlu lagi beli kanvas, kertas A4, cat air atau apa-apa jenis medium untuk melukis. Hanya perlukan satu peranti sahaja seperti iPad atau Samsung Galaxy Tab. Peranti ini juga boleh dibawa ke mana-mana

#2 Lebih kekal lama
Dengan simpanan dalam talian, anda tak perlu risau karya anda hilang atau rosak. Jika rosak sekalipun masih ada dalam simpanan cloud anda. 

#3 Akses cepat dan mudah 
Hanya dengan satu klik anda sudah dapat akses. Boleh edit dan buka pada bila-bila masa. 

#4 Tambah nilai produk akhir
Produk akhir boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti poster, cetak baju, poskad dan banyak lagi. Sekaligus menambahkan nilai tambah pada produk anda kerana medium yang berbeza mempunyai kos yang berbeza. 

#5 Peluang perniagaan
Membuka peluang perniagaan pada pelukis digital melalui platform e-dagang. Produk digital hanya dimuat turun dan tidak perlu dikurier, dimungkinkan dengan platform cari@unifi, Shopee & Etsy.

BAGAIMANA NAK MULA? 

Berikut merupakan 3 aplikasi melukis asas dan percuma yang boleh dimuat turun dan digunakan pada peranti lukisan anda.

How to Draw

Aplikasi sesuai untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan melukis. Aplikasi ini akan mengajar anda cara terbaik untuk melukis daripada perkara asas sehinggalah kepada professional.


Muat turun di Google Play

PaperColor

Ditawarkan dengan pelbagai ciri yang memudahkan anda menghasilkan lukisan yang terbaik. Ia juga mempunyai fungsi mengimport foto dan tetapan kepada mod separa telus (translucent mode). Anda juga boleh tekap (trace) gambar untuk dijadikan lukisan. 


Muat turun di Google Play

Sketchbook

Bagi sesiapa sahaja yang gemar melukis, Sketchbook semestinya untuk anda. Aplikasi lakaran dan lukisan yang memenangi anugerah ini disukai oleh pelukis amatur dan professional. Mempunyai antara paparan muka yang elegan dan pengalaman lukisan semula jadi, bebas daripada gangguan supaya anda boleh fokus pada melakar dan menyatakan idea anda.


Muat turun di Google Play dan Apple Store.

MELANGKAH KE HADAPAN DENGAN SENI DAN TEKNOLOGI

Seni sebahagian daripada tamadun. Teknologi juga memainkan peranan penting dalam kemajuan sesebuah tamadun. Accessibility kepada teknologi ini dapat ditingkatkan dengan adanya Internet di setiap rumah. Jadi sudah semestinya seni harus bergerak seiring teknologi. Adaptasi tanpa menghilangkan makna sesebuah seni itu. Serlahkan bakat melukis anda! Muat turun aplikasi dan terus berkreatif. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *