“Tak banyak konten lokal yang sesuai untuk anak-anak. Ada yang terlalu fast-paced lah, tak sesuai dengan budaya kita lah, itulah inilah”

“Ada je platform lokal, Tak habis research la tu. Lagipun kau kan pandai buat konten, apa kata kau buat konten khas untuk budak-budak?”

Ilustrasi  menunjukkan 3 orang kanak-kanak menonton TV

Baik juga idea itu. Kalau ada usaha dan minat apa kata jadi content creator khas untuk topik yang memanfaatkan kanak-kanak. Memang banyak dah konten untuk kanak-kanak dekat Youtube dan platform media sosial lain, tapi tak banyak yang ada dalam bahasa Melayu dan juga sesuai dengan nilai-nilai murni, budaya dan gaya hidup yang diterapkan dalam masyarakat kita. Kalau kita lihat je jumlah subscriber dan view dalam kategori konten kanak-kanak, memang cecah berjuta-juta view tau. Contohnya seperti di bawah:

Youtube Channel: ChuchuTV Police & Surprise Egg

Genre: Pembelajaran kanak-kanak

Jumlah Subscription: 7.78 Juta

View Tertinggi Untuk Satu Video: 784 juta video

Tangkap layar menunjukkan channel Youtube ChuchuTV Police & Surprise Egg

Youtube Channel: Blippi Wonders – Educational Cartoons for Kids

Genre: Pembelajaran kanak-kanak

Jumlah Subscription: 4.38 juta

View Tertinggi Untuk Satu Video: 746 juta video

Tangkap layar menunjukkan channel Youtube Blippi Wonders

Mungkin ini petanda yang anda pun boleh mula buat konten. Skil mengedit video pun dah boleh belajar online je dengan ketersambungan jalur lebar. Kat mana-mana pun boleh. Kalau biasanya orang target audience yang besar apa kata kali ni anda target kanak-kanak sebagai penonton anda. Merekalah antara pengguna Internet yang terbesar sebenarnya. Bukan saja boleh beri manfaat dan pengetahuan untuk generasi akan datang, malah anda juga boleh monetise dan jadikan ia kerjaya tetap ataupun side hustle. Tapi tak ada idealah, macam mana nak mula? 

Jangan risau, kami lampirkan beberapa idea untuk anda pertimbangkan dalam pengembangan idea dalam pembuatan konten nanti!

IDEA-IDEA KONTEN DAN PLATFORM YANG BOLEH ANDA GUNA!

#1 Video Tutorial Sukan

Anak-anak kecil kadangkala terperuk di rumah bermain gadget. Bila disebut tentang satu-satu aktiviti sukan, memang tak tahu cara main atau tak pernah dengar pun. Jadi untuk menggalakkan mereka menjadi aktif, kenalah pergi where they often are! ONLINE. 

Buat tutorial apa-apa jenis sukan dan gunakan cara yang menarik untuk memberikan tutorial yang menambat hati mereka. Mulakan dengan tutorial sukan yang popular dimainkan di Malaysia seperti bola sepak, badminton, hoki, bola jaring dan sebagainya. Mana tahu lepas mereka lihat tutorial dan panduan anda di Youtube, terus mereka ajak ibu bapa pergi bermain di luar!

Platform: Youtube dan media sosial

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki sedang mengajar seorang kanak-kanak bermain bola. Kredit imej daripada Youtube Foothacker.

#2 Podcast drama anak kecil

Jarang kan dengar anak-anak suka mendengar podcast? Ini kerana tak banyak podcast yang mampu menarik minat mereka. Pilih cerita yang menyeronokkan dan juga selitkan elemen  lullaby untuk menjadikannya ia mudah didengar & difahami. Contohnya, Maked Up Stories dan Stories Podcast for Kids. Ini juga salah satu income streams yang boleh jana duit tepi setiap kali episod dimainkan.

Platform: Youtube, Apple Podcast dan Spotify

Tangkap layar menunjukkan contoh-contoh podcast kanak-kanak di Spotify. Kredit imej daripada Spotify.

#3 Tutorial Masak-Masak

Siapa kata si cilik tak boleh masak? Cukup terkenal beberapa kanak-kanak yang berada di luar negara pandai dalam membantu ibu mereka masak dan membuat air di Tik Tok. Lihat saja program seperti MasterChef Junior & Junior Bake Off. Program tersebut meembuktikan minat mereka boleh dipupuk seawal usia dan usia bukan penghalang untuk belajar perkara yang biasanya orang dewasa saja yang cuba. 

Jadi mereka belajar dari mana? Sama ada dari ibu bapa atau platform seperti Youtube lah. Daripada resepi semudah buat air soda buah-buahan sehinggalah sekompleks memasak rendang. Mana tahu, tanpa sedar anda dapat lahirkan generasi muda yang mahir memasak!

Platform: Youtube dan media sosial

Tangkap layar menunjukkan seorang dewasa dan seorang kanak-kanak berada di dapur. Kredit imej daripada TasteMade.

#4 Aplikasi Game Yang Menerokai Kreativiti

Bagi content creator yang lebih adventurous, anda boleh terokai bidang pembanggunan aplikasi. Boleh belajar coding untuk memulakannya ataupun, mulakan je, tak perlu coding pun tak mengapa. Antara platform yang membantu app development tanpa coding adalah seperti kissflow, Jira Software, App Master, & Neoito.

Jadi boleh mulakan dengan apa-apa idea pembelajaran yang membantu kanak-kanak. Contohnya teori mewarna. Bila ditanya warna biru dicampur oren, kadang-kadang orang dewasa pun tak tahu jawapannya. Gunakan idea mudah ini dan kembangkannya untuk merangsang minda anak-anak untuk sentiasa berfikir dan menjadi kreatif! 

Platform: App store

Contoh aplikasi menunjukkan permainan yang boleh merangsang otak dengan gabungan warna

#5 Kartun Yang Mengetengahkan Nilai-Nilai Murni & Akhlak 

Kartun yang ada di platform perkongsian video dah banyak mengetahkan nilai-nilai moral yang baik tetapi kebanyakannya tak menyentuh nilai-nilai murni yang khusus dengan budaya di Malaysia. Jadi ini adalah peluang anda untuk fill-the-gap dengan mencipta jalan cerita yang menarik yang dapat diselitkan dengan nilai-nilai murni yang tak asing di Malaysia secara khususnya seperti berbuat baik dengan jiran, mengambil berat dengan ahli keluarga, menghormati adat resam, dan sebagainya. Tapi cakap memang senang, bukan semua orang pandai buat kartun. Teknologi kan memudahkan, asal anda ada jalan cerita boleh dah but animasi sebab perisian seperti Create Studio, Toon Boon & Biteable boleh tolong anda, tak perlu reka karakter from scratch pun!

Platform: Youtube dan media sosial

Tangkap layar menunjukkan laman web Create Studio. Kredit imej daripada Create Studio.

#6 Muzik Video Untuk Abjad Dan Kosa Kata Pelbagai Bahasa 

Apa kata buat konsep seperti Didi & Friends, Omar dan Hana, tapi memang khas untuk nyanyian ejaan. Keluarkan grafik dan warna menarik serta avatar yang comel. Yang ini pun boleh gunakan perisian seperti dinyatakan di #5.

Platform: Youtube dan media sosial

GIF menunjukkan video Omar & Hana. Kredit gif daripada Omar & Hana

RASA MULA DENGAN YOUTUBE AGAK SUSAH?

Permulaan apa pun memang susah, yang penting anda mulakan dan dapat maklum balas orang ramai. Tapi jika anda mahukan pulangan yang lebih terjamin, mulakan sebagai Durioo + Creator. Pilih saja dari pelbagai kategori video yang ada dan ikut panduan yang disediakan. Mengikut kata Sinan Ismail (pengasas Durioo +), setiap video yang terpilih akan dibayar USD25. Menarik betul! Boleh layari laman web Durio + Creator untuk maklumat lanjut.

Tangkap layar menunjukkan jenis-jenis konten yang ingin diketengahkan oleh Durioo + Creator. Kredit imej daripada Durioo.

SEMUA IDEA DI ATAS PERCUMA! TINGGAL ANDA UNTUK REALISASIKANNYA SAHAJA

Ayuh! Sama ada anda bakat atau tak, yang pentin minat dan usaha untuk belajar untuk menjadi content creator! Teknologi dah memudahkan dan ketersambungan jalur lebar memungkinkan segala idea direalisasikan. Jadi zahirkan idea anda dan bukan saja dapat menjana pendapatan malah dapat mendidik generasi muda yang bijak dan bersahsiah!

Jom jadi content creator untuk si cilik!