“Mak, Makcik Leha kan patutnya gi buat umrah, tapi last minute tak jadi sebab dia kena scam”. 

“Allahu…. Yeke Maira, kesiannya kawan aku!”

Anda pernah dengar kes seperti di atas ataupun pernah hadapi  sendiri? Dah banyak sangat sebenarnya kes scam agensi pelancongan ni. Senang kata, modus operandi mereka ni licik dan sukar dikesan. Boleh jadi segala review yang diberikan itu semuanya palsu. Katalog untuk trip pelancongan itu pun palsu. Jadi, sebelum anda menempah sebarang pakej percutian, anda kena pastikan bahawa agensi anda itu dipercayai dan bukan scammer.

Lagi-lagi yang anda dapat daripada forwarded message, Facebook dan aplikasi chatting.

AWAS KALAU ADA 8 SIMPTOM-SIMPTOM INI!

Anda nak tahu tak macam mana taktik penipuan mereka ni? Jom check ada tak 8 simptom-simptom di bawah:

#1  Awal-Awal Lagi Nak Duit

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki mendapat duit dan seorang lagi lelaki kehabisan duit

Bayangkan itinerari penuh pun belum ada, hotel pun tak confirm, ataupun apa-apa SOP yang berkaitan tak dijelaskan, tapi agensi pelancongan dah minta wang pendahuluan atau kes yang ekstrim, full payment? Dahlah tak ada sebarang kontrak bertulis, tapi dah minta duit. Senang je nak tahu scammer ni, minta duit je kerja dia. Jangan tertipu dengan janji-janji palsu mereka.

#2 Booking Guna Panggilan Telefon

Ilustrasi menunjukkan 2 individu sedang bercakap dalam telefon dengan satu sama lain

Biasanya travel agency ini ada website untuk buat booking. Tapi mereka hanya terima booking melalui panggilan telefon sahaja. Bila tanya pasal dokumen untuk kita baca & semak, katanya tak ada. Bila tanya office kat mana, gagap nak cakap. Haa ini red flag, abandon mission! Pergi cari travel agency lain yang sahih dan ada SOP yang baik dan pejabat fizikal sebelum anda bayar. 

#3  Tak Ada Nama Dalam Dokumen!

Ilustrasi menunjukkan dokumen palsu dalam sebuah telefon

Pelik betul kalau nama hotel, nama syarikat penerbangan dan vendor-vendor lain tiada dalam dokumen bertulis. Mestilah awal-awal kena inform, nak duduk hotel apa dan kat mana  serta naik airline apa. Mungkin ada yang acuh tak acuh mengenai perkara ini, tapi nanti dari hotel 5 bintang yang dibayar, jadi hotel tak ada bintang yang diduduki Sekurang-kurangya anda boleh Google untuk lihat review dan sekiranya hotel itu wujud ataupun tak. 

#4  Banyak Sangat PERCUMA

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki memberikan hadiah kepada seorang lelaki yang lain

Agensi anda terlalu kerap menggunakan perkataan PERCUMA. Anda sebenarnya boleh buat pengiraan secara manual dan mengikut logik untuk perjalanan dan pembelanjaan anda. Jadi, bila anda dah dapat kos daripada agensi anda, anda boleh semak perbezaannya. Sekiranya terlalu murah atau mahal, maka anda boleh mula berhati-berhati dan mulakan langkah untuk undur diri.

#5 Tak Berdaftar Rupanya

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki di hadapan browser dengan tanda amaran

Laa anda tahu tak yang sebenarnya semua agensi pelancongan dalam Malaysia sepatutnya ada dalam pangkalan data kementerian pelancongan. Iyalah, macam lesen kiranya untuk mereka. Kalau ada, barulah sahih dan boleh dipercayai. Semak kat SINI.

#6 Tak Ada Review!

Ilustrasi menunjukkan review yang tiada

Review ni penting, untuk pastikan yang pengalaman pelanggan-pelanggan sebelum ini boleh dijadikan sebagai iktibar untuk anda. Sekurang-kurangnya alamat mereka ada di Google Business Profile dan ada tak sesiapa yang berikan rating untuk bisnes mereka. 

#7 Guna Personal Bank

Ilustrasi menunjukkan paparan login akaun bank dalam sebuah telefon

Anda nak bayar ni, tapi kenapa akaun bank tu jenis peribadi? Sepatutnya kan nama syarikat. Takut ini scammer. Sepatutnya setiap agensi ada akaun perniagaan bank masing-masing yang sah berdaftar

#8 Tak Ada Office

Ilustrasi menunjukkan meeting dalam talian

Mana boleh untuk jumpa agensi pelancongan di mamak atau Google Meet je! Mereka kena ada pejabat kecil sekurang-kurangnya. Kalau tak ada, fishy ni. Major red flag! Elakkan guna servis mereka. 

TAKUT KENA SCAM? KENA ELAK DENGAN PASTIKAN…

CONTOH-CONTOH SCAM

Kes Scam Pelancongan Yang Ada Di Malaysia

Contoh scam pelancongan yang ada di luar negara

#1 Scam Polish Kasut di Turki

Lebih-lebih lagi kalau anda berada di Istanbul, anda mesti kena tahu tentang scam pengilat kasut. Tukang pembersih kasut selalunya akan jatuhkan barang dan membuatkan seolah-olah anda inginkan servis tersebut. Alau terjadi, buat tak tahu dan cepat-cepat beredar.

#2 Scam Bunga Ros di Paris

Kalau anda akan ke Paris, anda jangan sembarangan mengambil ros yang diberikan. Tak kiralah sempena Hari Kekasih ke Hari Jadi ke. Mereka akan berikan anda bunga ros sebagai ‘hadiah’ dan bila anda terima, mereka akan paksa anda bayar secara agresif.

#3 Tuk Tuk Tours di Thailand

Kalau anda nak pergi satu-satu tempat menaiki Tuk Tuk di Thailand dan tambang yang dinyatakan pemandu tu murah semacam, jangan naik. Mereka mungkin akan bawa anda ke tempat yang anda tak nak pun pergi seperti kedai-kedai makan atau cenderahati. Ini kerana besar kemungkinan mereka akan dapat commission setiap kali mereka bawa ‘pelanggan’ ke kedai-kedai tersebut. 

Jika terjadi, dapatkan bantuan polis di negara yang anda lawati untuk tindakan lanjut. 

MACAM-MACAM BETUL JENIS SCAM! MACAM MANA NAK RASA SELAMAT NI?

Ilustrasi menunjukkan para pelancong yang seronok nak melancong

Ikuti tips di atas yang diolah dari MaiSinggah untuk semak dan pastikan agensi yang anda ingin gunakan adalah sahih dan benar. Banyakkan baca artikel dan review di Internet mengenai orang yang pernah gunakan servis agensi dan juga pergi ke kawasan yang ingin dilawati. Platform seperti Google Review, dan saluran media sosial seperti Twitter & Tik Tok boleh membantu supaya anda lebih familiar dan bersiap sebelum bergerak mahupun dalam perjalanan.  

Tapi kalau dah terkena kena cepat-cepat hubungi talian 997 (NSRC) tau! Mujur ada Internet laju sekarang di Malaysia tak kira di rumah atau on-the-go! Jadi, anda boleh bersiap sedia dengan buat research yang padu dan kurangkan risiko untuk ditipu. 

Jadi hati-hati dan selamat melancong!