“Gempak tagline company ni, daripada aku kecik sampai besar, nampak logo tu atau makanan tu je terus teringat tagline dia!”

Senario macam ini adalah idaman mana-mana syarikat di seluruh dunia. Mana taknya, ini dinamakan top of mind awareness di mana pelanggan akan ingat jenama, nama produk dan juga tagline/slogan. Ini bermakna kempen branding yang dibuat berjaya!

Tapi itulah, bila nak buka company, nak buat produk atau nak buat iklan memang tagline atau slogan adalah benda yang paling renyah nak fikir. Benda ini merupakan perkara yang basic tapi sangat penting. Ia mencerminkan imej syarikat dan sesuatu yang orang akan ingat sampai bila-bila atau…..boleh lupa sekelip mata.

Ilustrasi menunjukkan sesi brainstorming dalam memikirkan sebuah idea

Jadi pemilihan slogan dan tagline yang tepat sangat penting. Itulah antara sebab copywriter dibayar mahal kerana nilai sebuah tagline atau slogan yang baik itu boleh bawa syarikat anda maju di depan. 

Tapi tak apa, kita lihat dari contoh-contoh tagline dan slogan yang berjaya hinggap di hati orang ramai untuk kita cari inspirasi. Boleh tengok sekali macam mana anda boleh implementasikan dalam perniagaan.

SLOGAN VS TAGLINE

Ambil contoh jenama telekung popular Malaysia, Siti Khadijah:

Gambar menunjukkan tagline lama Siti Khadijah

Tagline

Ia menggambarkan perbezaan yang ditawarkan jenama pada pasaran secara menyeluruh. Yang bermaksud untuk menyokong branding campaign yang dijalankan.

Contoh: Dulu mereka menggunakan ‘Lambang Cinta Abadi’ yang kini ditukar kepada ‘Selesa luaran, tenang dalaman’ dalam bahasa Melayu dan ‘Outer Piece for Inner Peace’ dalam bahasa Inggeris.

Gambar menunjukan cover Facebook bagi Telekung Siti Khadijah dengan tagline terbaru

Slogan

Kalau slogan pula untuk menyampaikan perbezaan dan idea kempen-kempen pemasaran tertentu. Ini bermaksud key ideas untuk pelanggan ingat branding message secara menyeluruh. Dan ia bertujuan untuk kempen pemasaran yang lebih spesifik untuk menyokong kempen pemasaran.

Contoh: Nak, Mak Teringin Nak…, Ingat Tak Momen Indah Bersama…

Gambar menunjukkan poster dengan slogan ‘Nak, Mak Teringin Nak…’ bagi Telekung Siti Khadijah.

CONTOH TAGLINE LAIN

Gambar menunjukkan logo-logo dan taglines daripada jenama masing-masing

IMPAK PADA PERNIAGAAN & PELANGGAN

Perniagaan

Bila ada slogan dan tagline, branding (penjenamaan) anda akan jadi lebih kuat seperti lebih mudah popular dan diingati. Dengan sebab itu juga ia akan berpotensi menjadikan pelanggan anda lebih setia kepada jenama anda. Pastinya itu akan menguntungkan untuk jangka masa panjang.

Ilustrasi menunjukkan perniagaan baju dalam talian

Pengguna

Apabila slogan dan tagline anda biasa digunakan dan menjadi ingatan ramai orang, pastinya pelanggan akan jadikan jenama anda pilihan pertama. Anda akan menjadi jenama top of mind berbanding jenama lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama.

Ilustrasi menunjukkan individu memegang piala nombor 1

MACAMANA NAK TIRUVASI?

#1 INSPIRASI

Anda boleh mulakan dengan mengambil inspirasi daripada semua slogan atau tagline jenama-jenama popular seperti dalam contoh di atas. 

#2 REFLEKSI SYARIKAT

Kemudian anda reka satu slogan atau tagline yang menggambarkan perniagaan atau USP (Unique Selling Point) produk atau perkhidmatan anda. 

#3 MUDAH & PENDEK

Syaratnya, pilih perkataan pendek dan mudah diingat. Lebih bagus jika ia menyentuh emosi. Tapi jangan risau jika tidak kena, sebab ia sentiasa boleh diubah.

#4 TAMBAH BAIK BERKALA

Sebab jenama-jenama besar juga melakukan penambaikan slogan dan tagline sepanjang kewujudannya. Tetapi jangan lah ubah terlalu kerap, nanti orang ramai pun tak sempat nak ingat dan kenal itu slogan atau tagline anda.

SLOGAN, TAGLINE DAN HARTA INTELEK

Tahukah anda yang slogan dan tagline ni sebenarnya adalah salah satu harta intelek? Haa mungkin anda pernah perasan pada slogan Mcdonald sendiri yang ada tanda cap dagangan ® atau ™.

Ini bermaksud slogan mereka dilindungi dalam polisi perundangan harta intelek daripada digunakan oleh entiti atau individu lain untuk mengaut keuntungan. Untuk tahu lanjut boleh baca tentang artikel harta intelek di SINI.

Gambar menunjukkan papan iklan McDonald dengan cap dagangan. Kredit imej daripada tastyad.

DARIPADA NAK VIRAL, BAIK FIKIR JAUH 

Ilustrasi menunjukkan seorang ahli perniagaan yang berpandangan jauh

Nah, anda mungkin baru sedar bukan setakat produk atau perkhidmatan je yang penting untuk satu-satu perniagaan. Slogan juga penting lebih-lebih lagi jika anda nak perniagaan anda mudah diingati.

Cuma satu perkara kena ingat, jangan letak ‘viral’ untuk slogan promosi produk anda. Viral atau sesuatu yang berbentuk tren ni bersifat sementara dan bila semua orang nak ‘viral’, tiadalah perbezaan yang anda nak tawarkan pada pasaran.

Dengan ketersambungan Internet, anda boleh upgrade jenama perniagaan anda dengan belajar lebih lanjut mengenai branding. Tagline dan slogan ini cuma salah satunya je tau, banyak lagi ilmu berkaitan branding yang usahawan perlu tahu. 

Jadinya selamat belajar, selamat mencuba & maju jaya!