“Aku tau penting nak buat website walaupun bisnes aku kecik je Leman. Tapi aku tak tau macam mana nak mula dan apa yang penting kena ada…”

Sama ada anda buka kedai makan ke, buka kedai hardware ke, freelancer photographer ke, website memang penting di zaman digitalisasi ini. Iyalah, kalau orang tak boleh Google informasi syarikat anda, memang rugi besar. Cuma itulah, tak tahu nak mula mana dan apa yang penting yang perlu ada untuk website pertama anda. Ini antara masalah untuk small business yang baru nak mula.

Ilustrasi menunjukkan website yang sedang dibina

Tapi jangan risau, ada caranya untuk small business buat laman web yang awesome di mata pelanggan. Allison Bowlus, seorang webmaster yang telah mencipta lebih 100 laman web untuk bisnes kecil memberikan tips membuat website yang boleh bantu anda. Kami lampirkan tips-tips beliau di bawah. Dah sedia ke tu??

5 CARA NAK BINA WEBSITE AWESOME!

Okay, kami simplify tips yang diberikan beliau untuk pemahaman yang lebih ringkas dan padat. Tapi kalau anda nak tahu tips yang lebih menyeluruh anda boleh layarinya di SINI. Okay jom mulakan langkah pertama anda untuk laman web yang AWESOME! 

Gif menunjukkan minion yang teruja dengan teks “Let’s Get Started!”. Kredit imeh daripada Tenor.

#1 Nama Domain Penting!

“Asal nama website bisnes kau ni random sangat, nama takde kaitan tu”

Haa, anda tahu tak apa maksud domain ni? Domain ini adalah website address anda. Contoh bila anda masuk website wikipedia, kat url browser itulah nama domain dia. Ini antara tips pilih nama domain yang bagus:

Dah yakin dan muktamad dengan nama website? Boleh beli domain anda di myNIC,  salah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Digital yang sahih.

Ilustrasi 3 orang yang mengelilingi domain www

#2 Beli Hosting yang Secure, CMS yang Bagus & Platform e-Commerce yang Dipercayai!

“Apa tu hosting? Macam mana nak upload content dalam website? Alah, e-dagang pun kena ada??”

Hosting

Hosting ini lain dengan domain. Hosting adalah servis yang membolehkan website anda dilihat kat Internet. Jadi anda sambungkan domain dengan hosting provider jadi pengguna Internet boleh tengok apa yang anda letakkan dalam website. Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan masa memilih hosting provider adalah, akses server macam cPanel, keseleamtan server dan juga mudah tak nak contact admin mereka macam chat function dan juga phone call.

Antara hosting provider adalah:

Ikon-ikon menunjukkan logo exabytes, DreamHost, GoDaddy, VPS Malaysia & Bluehost. Kredit imej daripada jenama masing-masing. 

CMS – Content Management System

Dah ada hosting mestilah kena input content dalam website kan macam info mengenai syarikat, produk, macam mana nak hubungi dan sebagainya. Tak susah pun, tak perlu pengetahuan teknikal yang banyak sebab kebanyakan interface yang digunakan mudah dinavigasi. Antara yang popular adalah:

WordPress – Paling popular, mudah guna, fleksibel, PERCUMA.

Drupal – Lebih kurang macam WordPress cuma plugins tak banyak. 

Joomla – SEO & sekuriti yang bagus.

Squarespace – Pakej serba lengkap (drag & drop, website design, domain, hosting dan sebagainya) Sesuai untuk yang tak dapat mengupah designer.

Wix – Paling senang guna dan publish.

Ikon-ikon menunjukkan logo WordPress, Drupal, Joomla, Sqaurespace & Wix.  Kredit imej daripada jenama masing-masing. 

e-Commerce

Kalau jual produk, dah alang-alang ada website kenalah kembangkan saluran pemasaran! Ini pula antara platform yang anda boleh integrate dalam website anda untuk buat jualan dalam talian:

WooCommerce – Mudah dihubungkan dengan WordPress. Semakin perniagaan dan permintaan dalam talian meningkat naik, platform ini boleh menyediakan ciri-ciri yang lebih komprehensif dan demand yang tinggi. 

Shopify – Tak perlu upah developer untuk set-up, semuanya dah disediakan seperti inventory pembayaran, penghantaran dan sebagainya. Cuma ia kurang fleksibel jika anda ingin ubah sesuatu ciri kerana sistemnya yang sudah tetap. 

Business Squarespace – Boleh pilih untuk langgan sekiranya anda memilih CMS Squarespace. Sekalikan je dan mudah nak guna. Tapi kerana tetapan yang fixed, ia kurang fleksibel seperti Shopify.

Ikon-ikon menunjukkan logo WooCommerce, Shopify & Business Squarespace.  Kredit imej daripada jenama masing-masing. 

#3  User Interface & User Experience (UI & UX) – Kenalah Senang Baca, Senang Cari Maklumat Dannn Sedap Mata Memandang!

“Eh serabut aku nak cari mana alamat dia dalam website ni, pergi kedai lainlah!”

Konten dah gempak tapi susah nak baca ataupun cari kat mana dalam website anda. Ini penting untuk beri first-impression yang terbaik untuk pelanggan anda. Jadi ini yang perlu anda lakukan:

Ilustrasi menunjukkan website yang sedang dibina

#4  KONTEN! KONTEN! KONTEN!

“Aku tak paham website ni sebenarnya jual apa, homepage gambar tilam, kat tab Shop jual kepit kuku, eh confused Mak”

Kita dah berada di generasi di mana ‘Content is King’. Kalau untuk website ini macam mana konten main peranan untuk enjin carian menaikkan ranking anda di page nombor satu.

Deskripsi Bikin Jelas 

Jangan buat orang pening dan berteka-teki yang anda ni sebenarnya syarikat apa? Guna visual yang melambangkan perniagaan dan copywriting yang menggambarkan apa yang anda jual. Contohnya anda jual barangan elektrik tapi di halaman utama visual yang digunakan adalah sayur-sayuran. Tak ke confused?

Lagi satu, jangan lupa letakkan pautan “About Us” di bahagian ‘footerwebsite anda. Senang orang nak cari bila nak tahu cerita company anda!

Letak Konten Yang Ada Kualiti

Informasi umum mengenai produk dan syarikat je tak cukup untuk uplift posisi anda di ranking enjin carian. Anda kena upload konten menarik melalui blog post atau artikel. Ini akan tingkatkan SEO anda bila ada orang yang share artikel. Buat juga research dalam talian mengenai apa keyword yang berkenaan dengan produk dan masukkan dalam artikel. Untuk artikel penuh mengenai SEO, boleh baca di SINI.

Nak masukkan testimoni pun bagus juga, baru lah dapat tingkat kredibiliti syarikat dan keyakinan pengguna! Tapi jangan upload sekali dan itu je artikel yang ada dalam website. Masukkan artikel secara berkala supaya website anda nampak hidup dan masih beroperasi!

Ilustrasi menunjukkan konten yang sedang ditulis

#5 Penat-Penat Buat Website Jangan Biar Je, Monitor Sekali Okay!

“Buat website dah 5 bulan, berapa orang agaknya yang masuk website aku eh. Cemana nak check pun tak tahu..ehehehe”

Rugi kalau dah penat-penat buat website tapi biar je data yang dikumpul. Boleh buat analisa trafik pengguna yang keluar masuk untuk perbaiki lagi performance. Antara tools yang boleh digunakan adalah:

Apa yang boleh anda check?

Ilustrasi menunjukkan data laman web yang dipantau 

Website Tak Bosan Dan Function Sangat!

Perkara-perkara di atas adalah perkara yang paling asas dan efektif untuk para pemilik bisnes kecil implementasikan. Nampak susah tapi perkara asas ini boleh dipelajari sebab bila bisnes makin berkembang dan anda dah mampu mengupah developer, lagi mudah anda nak berurusan. Iyalah, anda dah tahu apa yang anda nak dan juga pengetahuan asas untuk berkomunikasi dengan mereka. 

Bagi yang dah ada website dan tak ada ciri kat atas pun boleh je upgrade untuk jadi lebih baik. Jom kita buat website yang awesome untuk sales yang lebih gempak!

Selamat maju jaya!