Baru-baru ini animasi terkenal buatan Malaysia Mechamoto memenangi Anime Fan Awards di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF) membanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana menjadi satu-satunya animasi luar Jepun yang menang. 

Tak dinafikan industri animasi di Malaysia memang berada di tahap yang membanggakan dan telah berkembang pesat. Namun tahukah anda sebenarnya, selain animasi, industri pembangunan permainan video juga merupakan antara industri yang telah banyak membanggakan negara. 

Gambar menunjukkan bendera malaysia di sebelah tagline Made in Malaysia

Tahukah anda ada beberapa permainan video keluaran/terbitan studio daripada Malaysia yang memenangi anugerah? Mesti terkejut kan? Kalau tengok senarai dekat bawah ini, confirm anda akan bangga sebab ada video game yang mungkin anda pernah main yang merupakan keluaran/buatan daripada studio daripada Malaysia. Jom kita tengok! 

PERKEMBANGAN INDUSTRI PERMAINAN VIDEO NEGARA

Infrastruktur pembangunan permainan Malaysia telah berkembang pesat melalui bantuan syarikat teknologi tempatan dan Kerajaan sendiri. Subjek atau kursus pendidikan permainan (video games) telah disepadukan dengan kurikulum pengajian tinggi terpilih. Hasilnya, negara telah menyediakan bakat terlatih secara profesional kepada syarikat pembangunan permainan di Malaysia dan syarikat antarabangsa yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan sumber luar atau outsource. 

5 PERMAINAN MADE IN MALAYSIA

  1. Police Sentri 
Poster menunjukkan permainan Police Sentri. Kredit imej daripada lowyat.NET.

Ya anda tak salah baca, ini permainan rakyat Polis Sentri yang kita main masa kecil-kecil dulu. Sekarang sudah dijadikan permainan video games oleh Todak Studios Sdn Bhd. Police Sentri mengambil inspirasi daripada permainan zaman kanak-kanak iaitu ‘Cops and Robbers’ dan ‘Hide & Seek’. pemain akan ditugaskan sama ada sebagai anggota polis atau perompak. Tangkap semua perompak untuk memenangi permainan sebagai anggota polis atau pegang ‘beg wang’ sambil mengelak daripada polis sehingga pemasa habis untuk menang sebagai perompak.

Bake ‘n Switch

Poster menunjukkan permainan game Bake ‘N Switch. Kredit imej daripada Nintendo.

Permainan terbitan Streamline Media Group khas untuk konsol Nintendo dan Steam. Kalau anda sukakan Overcooked, confirm anda akan enjoy permainan ini. Mulakan pengembaraan pemain solo secara ‘Bun Solo’ atau bekerjasama dengan Bakers lain untuk menangkap, melempar dan membakar makhluk roti hidup yang boleh menjadi ‘dough’!

1. The Company Man 

Poster menunjukkan permainan video The Company Man. Kredit imej daripada Steam.

Permainan terbitan Forust ini memaparkan genre aksi dan pengembaraan dalam situasi satu syarikat. Dalam permainan ini, anda boleh melawan rakan sekerja anda, menembak guna e-mel dan mengalahkan bos sambil mengisi bar kesihatan anda dengan kopi. 

2. Simulacra 

Poster menunjukkan permainan game Simulacra. Kredit imej daripada Steam.

Simulacra ialah perintis dalam genre novel visual untuk permainan mudah alih apabila ia mula-mula dikeluarkan pada 2017. Game ini merupakan satu pengalaman seram interaktif di mana anda akan dibawa menelusuri sebuah telefon wanita yang hilang. Permainan terbitan Kaigan Games OU ini telah memenangi pelbagai anugerah antaranya Best Mobile Game” – Indie Prize USA 2018

3. Postknight 

Poster menunjukkan permainan mobile Postknight. Kredit imej daripada Postknight.

Permainan di telefon bimbit terbitan Kurechii. Postknight menawarkan pengalaman yang lebih santai dan kasual serta direka untuk mengisi masa perjalanan anda. Tak kira dari pejabat ke rumah atau rumah ke kampung. 

5 PERMAINAN VIDEO DIBANGUNKAN OLEH BAKAT MALAYSIA

Selain permainan terbitan lokal, sebenarnya banyak juga permainan yang dibangunkan oleh talent daripada Malaysia. Semuanya karya yang tak asing lagi di kalangan gamers

1. Street Fighter V – Street Fighter V muncul dengan penyertaan lebih 100 bakat Malaysia yang menyumbang kepada pembangunan permainan ini dari Streamline Studios, sebuah syarikat pembangunan permainan Belanda yang mempunyai pejabat di negara ini. 

Poster menunjukkan permainan video Street Fighter V. Kredit imej daripada Steam.
Poster menunjukkan empat permainan video yang melibatkan Passion Republic. Kredit foto daripada pengeluar masing-masing

Passion Republic, sebuah studio pembangunan permainan video tempatan menjadi sebuah studio prolifik dengan penglibatan dalam pembangunan empat permainan video dibawah : 

2. Uncharted 4 – Syarikat pembangunan permainan video Amerika, Naughty Dog, meminta bantuan Passion Republic untuk mencipta 100 aset dalam permainan seperti peninggalan, artifak dan khazanah untuk permainan itu.

3. Dark Souls 3 – Permainan ini dihasilkan melalui kerjasama FromSoftware dengan studio Malaysia. 

4. Batman : Arkham Night – Passion Republic sekali lagi menjadi sumber sokongan kepada Rocksteady Studios semasa penciptaan permainan video pengembaraan aksi ini. 

5. Mortal Kombat X – Passion Republic dipilih menjadi pencipta bersama Mortal Kombat X untuk Warner Bros. Interactive Entertainment. 

MALAYSIA BOLEH, DI DUNIA NYATA DAN DUNIA PERMAINAN VIDEO

Amacam? Terkejut tak? Rupanya perkembangan industri pembangunan permainan video di Malaysia memang tak boleh disangkal lagi. Dengan pelbagai permainan video terbitan syarikat lokal dan permainan yang dihasilkan mengguna bakat lokal, secara tak langsung mempromosikan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Inilah pentingnya untuk memperkasakan literasi digital agar sesuatu industri itu berkembang pesat selari dengan perkembangan teknologi!