“Aku asyik bersin je lah, nak cakap resdung tak ada pulak” 

“Udara dekat rumah kau tu tak bersih kot”

“Merepek lah udara dekat rumah tak bersih” 

Jangan terkejut, sebenarnya udara dekat rumah pun boleh jadi kotor atas beberapa faktor. Kualiti udara di rumah yang kotor boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka pendek seperti pening, sakit kepala, sakit tekak dan  mata. Tetapi  juga boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang seperti gangguan pernafasan, alahan dan lain-lain lagi. 

Gambar menunjukkan satu keluarga yang tidak sihat

Jadi sangat penting untuk memastikan udara di rumah pun bersih untuk kesejahteraan semua.  Ada ke teknologi untuk pastikan udara di rumah bersih? Ada, baca selanjutnya untuk mengetahui. 

APA ITU PENCEMARAN UDARA? 

Bila bercakap tentang pencemaran udara, ramai akan terfikir tentang asap kereta dan kilang-kilang di luar sana. Itu adalah pencemaran udara di luar ataupun outdoor. Pencemaran udara di rumah terjadi apabila bahan pencemar udara tertentu daripada zarah dan gas daripada luar mencemarkan udara kawasan dalaman. Di negara membangun, punca utama pencemaran udara dalaman ialah asap biojisim dari luar yang mengandungi bahan zarah terampai (suspended particular matter) (5PM), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (Ca), formaldehid dan hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH).

BAGAIMANA UDARA DI RUMAH BOLEH TERCEMAR? 

Produk toksik, pengudaraan yang tidak mencukupi, suhu tinggi dan kelembapan adalah antara punca utama pencemaran udara  di rumah kita. Ini antara puncanya: 

Infografik menunjukkan sumber pencemaran udara di rumah

TIPS DAPATKAN UDARA YANG BERSIH DI RUMAH

1. Guna penapis udara (air purifier) – Seiring dengan kemudahan teknologi sekarang, nak dapatkan udara yang berkualiti, guna saja penapis udara. Kini sudah banyak jenama-jenama yang menghasilkan penapis udara untuk menyedut udara kotor, menghilangkan partikel-partikel tercemar dari udara dan memerangkap zarah halus lalu meningkatkan kualiti udara di ruang-ruang tertentu. Peranti ini juga boleh diakses menggunakan automasi di telefon anda. Jadi senanglah nak guna. Cari yang menggunakan teknologi HEPA (High Efficiency Particulate Air)

Gambar menunjukkan penapis udara yang menggunakan teknologi HEPA

2. Kipas pintar atau Penyaman Udara – Pengudaraan yang baik adalah salah satu cara untuk memastikan udara dalam rumah tidak tercemar. Sekarang pun dah ada kipas pintar dan penyaman udara yang boleh diakses menggunakan telefon bimbit anda. Selain memastikan pengudaraan di rumah efektif, ia juga boleh menyejukkan kawasan. 

Gambar menunjukkan contoh Kipas Pintar yang boleh digunakan untuk mengurangkan pencemaran udara dalaman 

3. Peranti pelembap udara  (air humidifier)– Kelembapan suhu juga memainkan peranan dalam pembiakan dan pertumbuhan kulat dan mikroorganisme lain. Jadi penting untuk anda mengawal suhu dan kelembapan di rumah. Peranti pelembab kini juga mempunyai teknologi untuk mengawal kelembapan suhu. Ada beberapa jenama yang boleh diautomasikan mengikut keperluan. 

Gambar menunjukan peranti pelembap udara yang membersihkan udara dalaman

4. Indoor gardening – Beberapa tumbuhan indoor boleh membersih udara secara alami. Tumbuhan-tumbuhan seperti spiderplants, peace lily, boston fern dan banyak lagi boleh dijadikan sebagai pembersih udara semulajadi. Gardening pun dah smart sekarang. Boleh baca tentang smart gardening di SINI.

Gambar menunjukkan pokok indoor yang membersihkan udara

PASTIKAN UDARA DI RUMAH ANDA BERSIH

Keperluan mempunyai udara bersih di dalam rumah amatlah penting, bukan saja untuk kanak-kanak, namun jika ada ahli keluarga lain yang menghidap penyakit tertentu seperti asma dan lain-lain. 

Pengudaraan yang bersih akan memberikan kita keselesaan dan kesejahteraan. Ingat, kebersihan bukan sekadar dilihat dari mata kasar, tetapi lebih dari itu. Jadi jangan sesekali ambil mudah perihal kebersihan udara di dalam kediaman anda.

Indoor gardening – Beberapa tumbuhan indoor boleh membersih udara secara alami. Tumbuhan-tumbuhan seperti spiderplants, peace lily, boston fern dan banyak lagi boleh dijadikan sebagai pembersih udara semulajadi. Gardening pun dah smart sekarang. Boleh baca tentang smart gardening di SINI.